CAB, Oiltek teroka usaha sama strategik hasilkan makanan haiwan secara mampan

LocalBusiness & Finance
19 Oct 2026 • 6:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: CAB, Oiltek teroka usaha sama strategik hasilkan makanan haiwan secara mampan

PETALING JAYA –  CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB) dan Oiltek Global Pte Ltd (Oiltek Global), anak syarikat milik penuh Oiltek International Limited (Oiltek International) yang tersenarai di Papan Utama SGX-ST, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU)  untuk meneroka usaha sama strategik di Malaysia bagi membangunkan bahan ramuan makanan haiwan bernilai tinggi menggunakan produk terbitan minyak sawit.

CAB adalah  antara pengeluar ayam dan makanan terbesar di Malaysia yang memiliki pengalaman selama 50 tahun manakala Oiltek terlibat dalam industri 45 tahun adalah syarikat terkemuka dalam teknologi pemprosesan minyak sawit dan kejuruteraan serta keupayaan inovasi hiliran.

Kedua-dua pihak berhasrat untuk membangunkan penyelesaian makanan haiwan bernilai lebih tinggi yang dapat meningkatkan penggunaan sumber berasaskan kelapa sawit, di samping menyokong amalan pertanian yang lebih mampan.

Kerjasama ini akan meneroka peluang untuk memproses produk terpilih terbitan minyak sawit menjadi bahan ramuan makanan yang sesuai untuk pemakanan ternakan dan ayam.

Dengan memanfaatkan teknologi pemprosesan canggih serta kepakaran teknikal Oiltek, kedua-dua pihak berhasrat untuk meningkatkan kualiti pemakanan, kebolehcernaan dan nilai komersial bahan makanan haiwan berasaskan kelapa sawit.

Christopher Chuah Hoon Phong, Pengarah Urusan Kumpulan CAB, Christopher Chuah Hoon Phong berkata, kerjasama ini adalah peluang yang menarik bagi Kumpulan untuk menggabungkan kekuatan dalam bidang pemakanan haiwan dan pengeluaran makanan dengan kepakaran pemprosesan serta keupayaan teknologi Oiltek yang telah mantap.

“Dengan pengalaman lebih empat dekad dalam industri minyak sayuran dan portfolio kukuh yang merangkumi lapan paten teknologi proses proprietari, Kumpulan Oiltek membawa pengetahuan teknikal dan keupayaan inovasi yang bernilai kepada kerjasama ini.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Oiltek untuk meneroka peluang baharu dalam bidang inovasi hiliran berasaskan kelapa sawit yang bernilai tinggi.

“Kerjasama ini menandakan satu langkah penting dalam usaha kami untuk mengembangkan perniagaan melangkaui kekuatan sedia ada serta mewujudkan nilai yang lebih besar melalui inovasi, teknologi dan pembangunan aplikasi hiliran baharu bagi produk berasaskan kelapa sawit,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Oiltek International, Henry Yong Khai Weng menjelaskan, pihaknya telah lama memberikan tumpuan kepada pembangunan teknologi inovatif untuk membuka peluang menjana nilai yang lebih tinggi daripada pemprosesan minyak sawit.

“Kerjasama kami dengan CAB memberikan peluang untuk meneroka potensi aplikasi kepakaran kejuruteraan kami dalam industri makanan haiwan dengan memanfaatkan infrastruktur sedia ada serta pengalaman industri CAB.

“Kami berharap dapat menilai bersama-sama peluang yang berpotensi mewujudkan nilai kepada industri minyak sawit dan makanan haiwan Malaysia,” ujarnya.

Di bawah MOU tersebut, kedua-dua pihak akan menilai kebolehlaksanaan teknikal, komersial dan operasi bagi kerjasama yang dicadangkan, termasuk pembangunan produk, teknologi pemprosesan, peluang pasaran serta rangka kerja bagi usaha sama yang berpotensi. -KOSMO! ONLINE

 

The post CAB, Oiltek teroka usaha sama strategik hasilkan makanan haiwan secara mampan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved