
PETALING JAYA: Bermula 1 Jan depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya, Anwar berkata, keputusan drastik itu diambil walaupun baru sehari mengetuai Kementerian Kewangan.
“Satu hari saya jadi menteri kewangan, saya boleh mengambil keputusan untuk membatalkan keputusan awal tahun ini mengenai cabutan khas perjudian yang dilakukan ketika Jemaah Menteri yang disertai PAS dan Bersatu untuk meningkatkan cabutan daripada lapan ke 22 kali.
“Pada hari ini saya arahkan ia dikekalkan pada tahap lama, iaitu lapan kali,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

