Cadangan hab keusahawanan berkonsep R&R di Sandakan

LocalBusiness & Finance
22 Jan 2025 • 2:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui agensi berkenaan, akan meneliti cadangan pemimpin dan usahawan di sini untuk menaiktaraf Agro Bazaar Fama Batu 32, dekat sini, kepada sebuah Hab Keusahawanan Bazaar.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, hab dicadangkan itu berkonsepkan R&R (Rehat dan Rawat) kerana kawasan itu adalah laluan Lebuh Raya Pan Borneo.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya mengadakan kunjungan ini bersama dengan agensi Kuskop iaitu Uda Holdings untuk membuat penilaian awal kepada cadangan menaiktaraf tempat ini sebagai hab keusahawanan berkonsepkan R&R, susulan penaiktarafan jalan perhubungan utama sebagai laluan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Saya diberikan taklimat mengenai konsep rekabentuk hab tersebut dan beberapa lagi cadangan keperluan lain daripada agensi dan jabatan yang turut hadir, termasuk Fama.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Saya juga meminta perbincangan lanjut yang diketuai oleh Fama, Uda Holdings, Majlis Perbandaran Sandakan, LPPB Sabah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, UPPM Gum-Gum dan pemegang taruh yang lain untuk meneliti cadangan hab keusahawanan tersebut, sebelum saya memuktamadkan keputusan berkenaan peruntukan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Upacara Buka Mata Singa anjuran Koperasi Usahawan Libaran Sabah Berhad sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di Bandar Utama Batu 6, di sini, Selasa.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ewon berharap rancangan itu berjalan lancar untuk manfaat usahawan kecil yang memerlukan premis keusahawanan lebih baik.

Terdahulu, Ewon bersama agensi-agensi Kuskop mengadakan tinjauan di Tamu Desa Agro Bazaar Fama Batu 32 sempena lawatan kerja di sini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pada tahun lepas, Kuskop menyalurkan RM200,000 di bawah peruntukan projek premis Tamu Desa untuk menambahbaik kemudahan di kawasan tamu bazar ini.

“Saya juga berkesempatan mendengar reaksi positif daripada usahawan-usahawan kecil di sini dengan hasil pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf premis Tamu Desa yang dilaksanakan tersebut,” katanya.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Uda Holdings Dr Peter Naintin, yang mengilhamkan cadangan hab keusahawanan berkonsepkan R&R tersebut.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, Adun Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung dan Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Liau Fui Fui.

Kemudiannya, Ewon menyampaikan bantuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Uda Holdings di bawah Program Back To School kepada wakil SK Semawang Libaran.

“Terima kasih kepada agensi Kuskop kerana menjadi sebahagian daripada penyelesaian keperluan murid-murid sekolah yang memerlukan,” katanya.

Selepas itu, Ewon mengunjungi galeri Koperasi Baja Harapan Sabah Berhad dan diberikan taklimat mengenai perkembangan dan prestasi perusahaan koperasi yang mengeluarkan baja NPK dan baja organik jenama sendiri selain mengeluarkan produk syarikat lain secara OEM.

“Saya menghargai usaha koperasi ini kerana menjadi sebahagian daripada penyelesaian isu harga baja di Sabah dengan mengeluarkan baja tempatan berkualiti dengan tawaran harga yang kompetitif.

“Saya juga mengalu-alukan usaha koperasi ini bekerjasama dengan koperasi lain, terutama yang berkaitan dengan sektor perladangan dan pertanian,” katanya.