Cadangan Majlis Profesional KKP bercanggah praktis semasa

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 1:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cadangan Majlis Profesional KKP bercanggah praktis semasa

KUALA LUMPUR – Penubuhan Majlis Profesional Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dilihat bercanggah dengan praktis semasa yang dilaksanakan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata, profesion KKP ketika ini telah diperkasakan menerusi peruntukan di bawah akta berkenaan yang didaftarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Menurutnya, Kementerian Sumber Manusia menerusi JKKP komited memperkukuh profesionalisme dalam bidang KKP bagi memastikan negara mempunyai tenaga kerja yang kompeten, berintegriti serta mampu menyokong agenda pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan.

“Individu yang menjalankan fungsi tertentu di bawah akta berkenaan perlu memenuhi syarat kelayakan, latihan, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan sebelum layak didaftarkan.

“Ia tertakluk kepada pemantauan serta tindakan penguatkuasaan sekiranya melanggar syarat pendaftaran atau etika profesional,” katanya di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Profesor Dr. Noor Inayah Ya’akub mengenai kesediaan kementerian menilai keperluan penubuhan Majlis Profesional KKP.

Tambah beliau, Pelan Induk KKP 2026-2030 turut menggariskan program untuk memartabatkan profesion KKP.

“Ia dilaksanakan menerusi Teras Strategik 6 yang memberi penekanan kepada usaha memperkukuh kompetensi, profesionalisme dan kredibiliti pengamal KKP.

“Pelan berkenaan dilaksakan agar mereka yang terlibat sentiasa memenuhi keperluan industri, perkembangan teknologi serta amalan terbaik di peringkat nasional dan antarabangsa,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

The post Cadangan Majlis Profesional KKP bercanggah praktis semasa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved