Cadangan wujud RCI baharu TH perlu dapat perkenan Agong

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 6:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cadangan wujud RCI baharu TH perlu dapat perkenan Agong

PUTRAJAYA- Cadangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat isu melibatkan Tabung Haji (TH) perlu diputuskan di peringkat Kabinet sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, dalam konteks ini, ada dua keputusan perlu dibuat sama ada untuk meneruskan atau mengembangkan RCI berkenaan.

“Ada dua keputusan yang perlu dibuat. Pertama, di peringkat Jemaah Menteri, sama ada untuk meneruskan ataupun mengembangkan.

“Ia kerana kita tahu bila RCI diwujudkan pada tahun 2021, bukan hanya Jemaah Menteri, tapi keputusannya juga kerana ia adlaag Suruhanjaya Siasatan Diraja, maka perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik HKHM 2026 di sini tadi.

Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan Ahli Parlimen BN dan PH yang mencadangkan supaya siasatan baharu RCI meliputi tempoh 2021 hingga 2025, memandangkan siasatan sedia ada hanya merangkumi tempoh 2014 hingga 2020.

Menurut Fahmi, buat masa ini, kerajaan akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi melakukan siasatan penuh berhubung perkara berkenaan.

“Pihak berkuasa terlibat akan melakukan siasatan penuh berdasarkan semua dapatan dan juga maklumat yang telah dimaktubkan dalam laporan serta maklumat tambahan yang telah dijawab oleh Menteri Kewangan II dan juga Menteri Agama semalam sewaktu perbahasan mengenai laporan RCI TH,” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi juga kesal dengan sikap Pas dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didakwa tidak hadir untuk membahaskan isu RCI TH.

Fahmi berkata, RCI TH telah ditubuhkan pada 2021 yang mana Pas dan Ketua Pembangkang masih merupakan jemaah menteri pada masa itu.

“Jadi, RCI ditubuhkan waktu mereka dalam kerajaan, disiapkan pada tahun 2022 pada ketika mereka juga dalam kerajaan, Menteri Agama adalah dalam kalangan Pas.

“Tapi yang saya kesali, mereka langsung tidak mahu hadir untuk membahas. Dan ini saya rasa berbeza, cukup berbeza sikap dengan wakil rakyat Ahli Parlimen Muar dan juga Ahli Parlimen dari Parti Bersatu selain Bebas,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Cadangan wujud RCI baharu TH perlu dapat perkenan Agong appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved