Cakap Ada Besan Di Johor, Fattah Amin Terkedu Dengar Jawapan Ibu - “Belakang Tu Jantung Tercabut Sesaat…”

27 May 2025 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Reaksi pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian netizen ketika mendengar jawapan ibunya, Azizah Abdul Ghani dalam satu sesi siaran langsung.

Menerusi satu potongan video yang dikongsikan di TikTok, Azizah sedang disiapkan dan mempromosi tudung keluaran Fattah.

Sambil bersiap, Fattah dan Azizah dilihat sedang berbual mengenai kesesuaian gaya tudung yang sedang dipakai.

“Gaya tudung macam ni boleh pergi mana? tanya Fattah

“Boleh pergi majlis anak graduasi, boleh juga pergi rumah besan. Ibu ada besan dekat Johor,” jawab ibunya.

Terkejut mendengar jawapan tersebut, air muka pelakon yang popular dengan drama Suri Hati Mr. Pilot itu kelihatan cemas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan reaksi yang diberikan oleh pelakon tersebut.

Selain itu, warganet turut menganggap ibu Fattah memberi petunjuk halus mengenai hubungan bersama penyanyi Amira Othman.

“Fattah Amin, aduhh .

“Yang belakang paling cuak.hahaha. dia Lupa ke adik ipar dia org johor

“Fattah kena tengok smula muka dia masa ibu cakap besan dia kat Johor ..klakar!

“Belakang tu jantung tercabut sesaat.

“Seram sejuk abg long..pasni ade kua vtt org zoom muka abglong cuak lak.

“Fattah takut ibu terlepas cakap ke tuuuuu,” komen netizen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved