“Cakap Die Utoooo**h” – Abang Tesla Luah Rasa Bengang Terhadap Ayah Kandung?

EntertainmentLifestyle
4 Feb 2026 • 1:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tular satu perkongsian di media sosial apabila usahawan dikenali sebagai Abang Tesla meluahkan rasa kecewa terhadap seorang individu yang didakwa sebagai bapanya.

Semuanya bermula selepas seorang pengguna tampil meninggalkan komen di ruangan video Abang Tesla.

Advertisement

Individu itu menulis bapa kepada Abang Tesla mengirimkan salam dan mendakwa kedai telefon itu miliknya sebelum diambil alih anak.

image is not available

Namun, reaksi balas daripada Abang Tesla mengejutkan ramai. Dakwanya, bapanya telah meninggalkan dia dan ibunya sejak dia berusia lima tahun.

Jadi dia tidak dapat menerima jika secara tiba-tiba bapanya muncul dan ‘claim’ perkara tidak sepatutnya.

Tidak berhenti di situ, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam turut mendedahkan dari kecil dia menunggu bapa pulang ke rumah.

View this post on Instagram

Namun, bapanya dikatakan tidak pernah pulang atau pun menjenguknya.

Dalam luahannya itu, dia menegaskan tidak pernah menganggap individu tersebut sebagai bapa kerana tiada sebarang tanggungjawab yang ditunaikan sepanjang hayatnya.

Malah, dia turut kesal kerana si ayah hanya muncul semula untuk menuntut apa yang tidak pernah dibinanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-04 12:53:11

"Dah Mencuri, Tayang Pula Kat Media Sosial" - Netizen Pakat Kongsi Momen Bangga ‘Rembat’ Harta Benda Hospital

The post “Cakap Die Utoooo**h” – Abang Tesla Luah Rasa Bengang Terhadap Ayah Kandung? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.