“Cakap kat die ut*h” – Abang Tesla Bengang Dengan Bapa Kandung?

LocalFamily & Parenting
4 Feb 2026 • 12:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pempengaruh Muhammad Khal Iltizam Yusry, atau lebih dikenali sebagai Abang Tesla menjadi sorotan orang ramai berikutan dengan kenyataannya terhadap bapa kandung sendiri di Instagram baru-baru ini.

Dia dipercayai menempelak bapa kandungnya sendiri apabila ada pihak cuba memetik bapanya dan ungkit kisah lama yang Abang Tesla katakan tak pernah wujud.

Abang Tesla memuat naik satu foto tangkap layar keratan komen di TikTok miliknya, gambar tersebut menunjukkan komen daripada individu yang menyampaikan kiriman salam daripada bapa Abang Tesla dan mendakwa bahawa kedai telefon bimbit milik Abang Tesla itu sebenarnya milik bapanya sebelum Abang Tesla ambil alih sambil menyatakan sudah lama tidak bertemu.

Bagaimanapun, ia tidak disambut baik oleh Abang Tesla dengan menempelak individu terbabit sambil menyatakan bahawa dia telah ditinggalkan oleh bapanya sejak umur 5 tahun dan tidak menjenguknya langsung.

image is not available

Selain itu, Abang Tesla juga mendakwa bahawa bapanya telah membuatkan dirinya terpaksa menanggung hutang bapanya sedangkan dia ditinggalkan bersama ibunya bersendirian.

“Aku bukan taknak mengaku kau bapak aku. Tapi dari kecik aku tak pernah ada bapak. Dan kau tak pernah nak balik jenguk anak-anak kau. Dari kecik aku tunggu kau balik.”

Malah, Abang Tesla dilihat seperti meluhakan kesedihan yang terpahat di dalam hatinya selama ini, kata Abang Tesla dia sudah menunggu bapanya sekian lama tapi tak kunjung tiba.

“Aku tunggu depan TV tapi tak pernah nak balik. Aku malas nak nak cakap lebih-lebih. Tapi memang mcm apa la kalau kau cerita dengan orang apa yang aku usahakan tu milik kau.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang dapat merasakan kesedihan yang Abang Tesla tanggung selama ini dan mereka turut memberikan sokongan moral kepada Abang Tesla untuk terus kuat.

Menusuk betul ke hati – Netizen

image is not available image is not available image is not available

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.