Cakra Khan Tawan Hati 4 Juri America’s Got Talent, Dapat ‘4 Yeses’ Dan Layak Ke Peringkat Seterusnya

Music
20 Jul 2023 • 3:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Suara Cakra Khan disifatkan sebagai rare dan seksi - gambar Instagram

Penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan telah berjaya mencuri tumpuan barisan juri dan penonton sewaktu membuat persembahan di sesi ujibakat program realiti popular Hollywood, America’s Got Talent 2023 (AGT2023).

Biarpun bergelar penyanyi popular, namun Cakra tidak mendedahkan tentang statusnya sewaktu berada di pentas rancangan yang menjadi tontonan satu dunia itu.

        View this post on Instagram                      

A post shared by CKhan✨ (@cakra.khan)

Pada mulanya Cakra menyanyikan lagu Make It Rain namun di pertengahan jalan, salah seorang juri iaitu Simon Cowell dilihat telah menghentikan persembahannya dan memintanya menyanyikan lagu lain.

Cakra kemudian memilih untuk menyanyikan lagu No Woman No Cry daripada Bob Marley dan menurutnya, lagu itu adalah kegemaran arwah bapanya yang sering dimainkan sebelum dia ke sekolah.

Persembahan Cakra menerusi lagu ini nyata telah memukau keempat-empat juri termasuklah Heidi Klum, Sofia Vergara dan Howie Madel sehingga dia mendapat ‘4 Yeses’.

Barisan juri juga dilihat telah memberikan standing ovation kepadanya bersama-sama semua penonton yang berada di dalam dewan.

Menurut Simon, suara Cakra sangat rare. Menerusi lagu No Woman No Cry, dia dapat merasakan bahawa Cakra adalah seorang artis sejati.

“Saya sukakan suara anda. Sangat suka!,” kata Simon.

image is not available
Barisan juri yang mengadili rancangan realiti televisyen America's Got Talent - gambar Instagram



Bagi Heidi Klum pula, dia menyifatkan suara Cakra sangat unik dan seksi.

“Anda mempunyai suara yang sangat menyerlah dan sukar dilupakan. Ia sesuatu yang sungguh istimewa,” katanya.

Perkara sama dipersetujui oleh dua lagi juri iaitu Sofia Vergara dan Howie Madel yang turut terpukau dengan suara unik Cakra.

Sewaktu ditanya oleh Heidi apa yang mahu dilakukannya jika memenangi AS$1 juta, kata Cakra dia mahu membina pusat pelindungan haiwan.

        View this post on Instagram                      

A post shared by CKhan✨ (@cakra.khan)

Penyertaan Cakra di AGT2023 telah mendapat sokongan daripada rakan-rakan selebriti dari Indonesia dan juga Malaysia yang rata-ratanya bangga dengan pencapaiannya.

Antara yang dilihat meninggalkan komen di Instagram Cakra ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rossa, Melly Goeslaw, Hael Husaini dan ramai lagi.

Cakra merupakan peserta kedua dari Indonesia yang telah berjaya menawan hati juri dan penonton rancangan ini selepas Putri Ariani iaitu seoang gadis buta berusia 17 tahun yang telah mendapat ‘Golden Buzzer’ daripada juri. – Getaran, 20 Julai 2023