Suara Unik Dan Seksi, Cakra Khan Peroleh ‘4 Yes’ Dan Raih Pujian Dari 4 Juri Dan Penonton AGT

20 Jul 2023 • 3:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perwatakan beliau sangat humble

Suara Unik Dan Seksi, Cakra Khan Peroleh ‘4 Yes’ Dan Raih Pujian Dari 4 Juri Dan Penonton AGT. Cakra Khan, itulah dia artis terkemuka di Indonesia yang mampu buat orang ramai terpukau dengan persembahan beliau.

Kepopularan artis bukan sahaja setakat di Indonesia sahaja bahkan hingga menarik perhatian warga Malaysia bahkan siap ada fans setia di sini.

image is not available
Suara Unik Dan Seksi, Cakra Khan Peroleh ‘4 Yes’ Dan Raih Pujian Dari 4 Juri Dan Penonton AGT

Siapa je yang tak kenal dengan artis indonesia yang popular bersuara lunak ini

Walaupun di negeri beliau sendiri dikenali sebagai juri di mana-mana acara pertandingan nyanyian, beliau masih mencuba nasib untuk mengikuti America’s Got Talent.

Baru-baru ini tular satu klip video Cakra Khan telah mencuri perhatian juri dan penonton America’s Got Talent (AGT) dengan persembahan nyanyiannya yang luar biasa. Suaranya yang memukau telah memikat hati juri dan penonton, dan mendapat tepukan gemuruh sebagai penghargaan.

Cakra Khan, yang terkenal dengan suara seraknya yang unik, telah memilih lagu “I’d Do Anything for Love (But I Won’t Do That)” oleh Meat Loaf untuk penontonnya. Dengan suara yang kuat dan emosi yang mendalam, dia telah memberikan penampilan yang sangat berkesan.

image is not available

image is not available

Namun, tidak sampai seminit persembahan Cakra yang digemari penonton, Simon mengangkat tangannya sebagai isyarat untuk berhenti. Beliau berkata bahawa dia tidak suka dengan pilihan lagu tersebut dan meminta Cakra Khan untuk menukar genre lagunya.

Cakra Khan kemudian menukar lagunya dengan menyanyikan lagu Bob Marley- No Woman No Cry dan mendapat tepukan berdiri keempat jurinya.

image is not available

Juri AGT, termasuk Simon Cowell, Heidi Klum, Sofia Vergara, dan Howie Mandel, semua terkesima dengan penampilan Cakra Khan. Cowell, yang terkenal dengan kritikannya yang tajam, memberikan pujian tinggi kepada Cakra Khan, menggambarkannya sebagai “seorang superstar”.

Cakra Khan, yang telah memulakan karier musiknya di Indonesia pada tahun 2012, kini sedang mengejar impian Amerikanya. Dengan penampilan yang memukau di AGT, dia pasti akan menarik lebih banyak perhatian dan penggemar di seluruh dunia.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: