Call Assist Adalah Pentafsir Peribadi Untuk Pengguna Samsung Galaxy Z Fold6

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 5:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung berjaya membawakan teknologi kecerdasan buatan generatif ke dalam sebahagian keluarga peranti Galaxy mereka. Apa yang menarik adalah, ia percuma digunakan dan pengguna tidak perlu melanggan apa-apa. Dalam artikel ini akan saya kongsi antara ciri kegemaran saya pada Samsung Galaxy Z Fold6 iaitu Call Assist.

image is not available

Melalui Call Assist, Samsung memberikan pengguna ciri Live Translation. Ia adalah salah satu ciri penterjemahan secara langsung yang boleh dilakukan ketika panggilan telefon. Satu rahsia yang saya ingin beritahu anda, penterjemahan secara langsung untuk panggilan telefon yang terbina secara natif ini hanya ditawarkan oleh Samsung sahaja di Malaysia. Ini bermakna anda tidak memerlukan apa-apa aplikasi pihak ketiga.

image is not available

Dalam Galaxy Z Fold6, tekan ikon panggilan telefon yang berwarna hijau dan lakukan apa-apa panggilan telefon. Anda akan mula melihat ikon Call assist dengan animasi unik seakan satu ciri magis. Tekan sekali, Live translate akan muncul. Tekan itu pula dan antaramuka khas akan dipaparkan dengan penerima panggilan bahasa asing, sementara untuk anda pemanggil Bahasa Inggeris. Apa pula yang berlaku Ketika panggilan telefon?

image is not available

Anda akan melihat teks yang telah diterjemah. Dari penerima anda akan melihat teks bahasa asal, misalnya Cina dan di bawahnya adalah terjemahan bahasa Inggeris. Sementara bahagian pemanggil akan memaparkan bahasa bahasa Inggeris dan di bawahnya bahasa Cina. Call Assist setakat ini menyokong sehingga 16 bahasa dengan 23 lokaliti dan pada penghujung tahun 2024, 20 bahasa boleh pula akan disokong.

image is not available

Satu lagi rahsia yang anda perlu tahu adalah, Call Assist dan Live Translate berfungsi secara luar talian kerana diproses dari dalam peranti menggunakan model AI yang telah dimuat turun. Anda boleh muat turun pelbagai pek bahasa berbeza sebagai persediaan. Kalau anda rasa ini tidak mencukupi, ciri kecerdasan buatan generatif menterjemah panggilan telefon ini turut berfungsi pada aplikasi pihak ketiga.

image is not available

Ya, ketika anda menggunakan panggilan suara pada WhatsApp atau WeChat atau Facebook Messenger – talam notifikasi akan memaparkan akses pantas kepada Live Translate yang akan keluar dalam tetingkap terapung khas. Di sini anda boleh melihat terjemahan panggilan suara seperti sebelum ini. Dengan ciri seperti ini, anda tidak lagi pening kepala untuk melakukan panggilan suara dengan mod speaker kuat dan menggunakan aplikasi penterjemahan pihak ketiga kerana semuanya dari dalam peranti sahaja.

image is not available

Tidak kira untuk bercuti, bekerja atau untuk penggunaan santai Call Assist pasti adalah ciri yang sangat berguna pada Samsung Galaxy Z Fold6. Kalau anda telah bersedia untuk mengubah hidup anda dengan peranti yang memastikan semua tugasan produktiviti lebih mudah, anda boleh dapatkan Galaxy Z Fold6 pada harga bermula RM7,299.

image is not available

Untuk meyakinkan anda membeli Galaxy Z Fol6 dengan Chat Assist dan Live Translate ini, kunjungi ke Samsung Experience Store hari ini. Dengan tawaran tukar-beli anda berpeluang menerima rebat dan harga peranti boleh menjadi bermula dari RM2,944. Jika anda tidak mahu tukar beli, baucar eksklusif RM500 akan diberikan. Kemudian anda turut layak menerima diskaun sehingga 25% untuk membeli Galaxy Watch dan Galaxy Buds yang terpilih.


image is not available

*Penafian, ini adalah advertorial dari Samsung.