Google Tidak Akan Mengeluarkan Pixel Flip

TechnologyDigital
19 Aug 2024 • 11:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan Google telah memperkenalkan telefon skrin boleh-lipat generasi kedua Pixel 9 Pro Fold, pasti ramai tertanya adakah Google turut akan mengeluarkan telefon skrin katup tersendiri seakan Samsung Galaxy Z Flip6 – mungkin Pixel Flip? Apatah lagi dengan Flip6 yang menerima banyak maklum balas positif.

Dalam temuramah Michael Fisher bersama Rick Osterloh iaitu naib presiden bahagian peranti Google, beliau menjawab yang Google tiada perancangan mengeluarkan telefon katup kerana Samsung dan Motorola telah mempunyai peranti yang baik. Galaxy Z Flip6 dan Razr 50 tidak dinafikan adalah peranti yang menarik. Ini bermakna untuk telefon Pixel, Google akan kekal dengan penawaran sedia seperti siri peranti mercu Pixel dan siri kelas pertengahan Pixel A. Adakah anda bersetuju dengan keputusan Google dan jika Google bertukar fikiran adalah anda akan membeli Pixel Flip?