Calon muka baru GRS ingin perjuangkan suara belia, isu KK

17 Nov 2022 • 6:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kota Kinabalu, Yee Tsai Yiew menyatakan hasrat untuk memperjuangkan suara dan aspirasi belia, selain menyelesaikan isu di kawasan Kota Kinabalu.

Tsai Yiew melihat Kota Kinabalu mempunyai segala yang diperlukan untuk menjadi sebuah kawasan yang maju, tetapi memerlukan seseorang yang boleh melakukan perubahan yang nyata.

“Saya ingin merealisasikan Kota Kinabalu Baharu dan membawa pembaharuan kepada bandaraya ini selepas sekian lama kita diwakilkan oleh pihak yang satu lagi, dan seperti yang kita lihat selepas tiga penggal boleh dikatakan kebanyakkannya adalah daripada pembangunan Kerajaan Negeri.

“Seharusnya, sebagai wakil rakyat di parlimen, sesorang itu haruslah lantang menyuarakan hasrat dan aspirasi rakyat, terutama dalam kita memperjuangkan hak rakyat Sabah sebagai salah satu rakan kongsi untuk pembentukan negara kita yang tercinta, Malaysia,” katanya.

Menurut Tsai Yiew, beliau bertekad untuk memberi fokus kepada isu pendidikan, kesesakan lalu lintas, masalah banjir, pemerkasaan ekonomi belia dan idea pembangunan ekonomi setempat bagi mengubah nasib rakyat khususnya bagi rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan bandar.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.