Kota Kinabalu: Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengumumkan senarai penuh 73 calon parti itu selepas Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah dibubarkan.
Katanya senarai calon sudah disiapkan namun hanya akan didedahkan apabila tiba waktunya nanti.
“Ada senarainya dan saya akan umumkan siapa calonnya bila Dun sudah dibubar. Tetapi saya boleh pastikan semua calon kita terdiri daripada golongan profesional, dengan sebahagian besar mempunyai kelayakan serta kebolehan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Warisan, di sini, pada Rabu. Diminta mengulas sama ada 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Warisan akan dikekalkan, Mohd Shafie menegaskan keutamaan diberikan kepada calon berpotensi bagi memastikan kemenangan parti.
“Tidak semestinya penyandang akan bertanding semula. Yang penting bagi kita adalah memilih calon berpotensi menang supaya parti dapat memperoleh mandat mentadbir Sabah,” katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa Warisan kekal bertanding secara solo, satu keputusan yang dipersetujui oleh kepimpinan parti.
“Parti memutuskan sebulat suara bahawa kita akan bertanding di 73 kerusi. Jadi maknanya, tidak ada gabungan. Kalau ada gambar atau cerita yang tersebar, jangan terlalu percaya.
“Ini keputusan parti, bukan keputusan presiden seorang diri. Hari ini kita jelaskan perkara itu kerana banyak yang disebarkan di TikTok dengan gambar yang diragui, walaupun kita sudah nyatakan bahawa kerjasama kita adalah dengan rakyat Sabah,” katanya.
Mengenai visi dan misi parti untuk pilihan raya negeri akan datang, Shafie memberi bayangan bahawa kementerian pendidikan dan kesihatan yang pernah diwujudkan ketika kerajaan pimpinannya dahulu akan dikembalikan semula.
“Kita jelaskan dan nyatakan pada rakyat kalau kita diberi peluang, kita boleh buat yang lebih baik daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan saya akan pastikannya.
“Kita susun atur langkah untuk penambahbaikan, bagaimana sistem pendidikan yang ada, contohnya keselamatan anak-anak di sekolah akan diperkukuh. Kita bekerjasama dengan dasar pendidikan negara, bukan bercanggah dengan dasar pendidikan dan kesihatan negara.
“Ya, kita akan bawa balik kedua-dua kementerian) dan kita akan buat penstrukturan semula,” katanya.