
LAHAD DATU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah bercadang untuk meletakkan calon di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pantai Timur pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negerinya Datuk Mustapha Sakmud berkata kerusi Dun di kawasan parlimen Lahad Datu merupakan antara yang akan ditandingi oleh PKR.
Beliau berkata cabang PKR di Lahad Datu yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Silam mempunyai asas akar umbi yang utuh.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Katanya, PKR juga pernah beberapa kali bertanding di kawasan ini dan berjaya mengekalkan pangkalan pengundi yang konsisten.
“Kita sekarang ini berada dalam kerajaan Perpaduan dan berharap agar ini akan dapat menambah nilai selain sokongan tinggi kepada Perdana Menteri yang juga presiden parti kita di Sabah,” katanya.
Mustapha berkata demikian selepas melancarkan jentera Segama, malam Sabtu.
Bercakap mengenai pengagihan kerusi antara PKR yang merupakan parti tunjang dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) pada PRN Sabah akan datang, katanya, PKR akan memastikan tiada pertindihan antara PH, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Katanya, PKR akan menggunakan pendekatan mengekalkan perpaduan selari dengan prinsip kerajaan Madani agar tidak berlaku pertembungan sesama sendiri.
“Bagi PH, dan PKR terutamanya kita mahu mana-mana kerusi yang kita tanding ini tidak akan bertindih dengan BN dan GRS.
“Saya tidak boleh bercakap bagi pihak BN dan GRS, itu terpulang kepada mereka sebab mereka mewakili parti mereka sendiri,” kata Mustapha.

