Calon SPM Nangis Keluar Dewan Peperiksaan, Terima Khabar Bapa Meninggal Dunia

LocalFamily & Parenting
26 Nov 2025 • 10:13 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang baru keluar dari dewan peperiksaan menangis sebaik sahaja dikhabarkan bapanya meninggal dunia.

image is not available

Calon SPM Nangis Keluar Dewan Peperiksaan

Menurut perkongsian yang tular di media sosial, pelajar bernama Ahmad Khairuddin itu dimaklumkan mengenai pemergian ayahnya, Ustaz Md Nor bin Jusoh, sejurus selepas menamatkan salah satu kertas peperiksaan.

image is not available

image is not available

Menerusi hantaran tular dimuat naik di platform TikTok tvpsssmkasaf, pelajar berkenaan baru sahaja selesai menjawab salah satu kertas penting sebelum dihampiri ahli keluarga yang membawa khabar duka.

“Keluar dari dewan peperiksaan dengan penuh harapan. Namun, yang menyambutnya ialah berita paling pilu.
“Perginya seorang ayah saat anaknya masih berjuang demi masa depan,”tulis pengguna TikTok tersebut.

image is not available

Artikel lain: 163 Calon SPM SMK Jitra Dipindah Demi Keselamatan, Air Naik Ketika Jawab Peperiksaan

Perkongsian mengenai insiden itu mengundang reaksi ramai warganet yang menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada Ahmad.

Ramai turut mendoakan agar pelajar tersebut diberikan kekuatan untuk meneruskan baki peperiksaan yang masih berlangsung.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Difahamkan, Ahmad kembali menduduki peperiksaan seterusnya selepas urusan pengebumian ayahnya disempurnakan.

Sumber: TikTok tvpsssmkasaf

The post Calon SPM Nangis Keluar Dewan Peperiksaan, Terima Khabar Bapa Meninggal Dunia appeared first on Borak Daily.