Calon SPM Terima Berita Ayah Meninggal Dunia Lepas Keluar Dewan Peperiksaan, Undang Sebak Netizen

LocalFamily & Parenting
26 Nov 2025 • 10:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah melalui detik yang memilukan apabila ayahnya pergi menghadap Ilahi saat pelajar itu sedang menduduki peperiksaan.

Menerusi perkongsian TikTok @tvpssmkasaf, pelajar itu, Ahmad Khairuddin telah disambut dengan berita menyedihkan mengenai bapanya, Ustaz Md Nor bin Jusoh sebaik keluar dari dewan peperiksaan.

@tvpsssmkasaf

Keluar dari dewan peperiksaan dengan penuh harapan… namun yang menyambutnya ialah berita paling pilu. Perginya seorang ayah saat anaknya masih berjuang demi masa depan. Salam takziah kepada Ahmad Khairuddin (calon SPM) atas kehilangan ayah tercinta, Ustaz Md Nor bin Jusoh. Semoga al-Marhum ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Amin

image is not available

Artikel berkaitan: Terpaksa ‘Ponteng’ Sekolah Setahun Sebab Jalani Rawatan Kanser, Pelajar Berjaya Raih Semua A Dalam SPM

Dalam video itu, dapat dilihat Ahmad Khairuddin sugul ketika diberitahu berita itu dan lebih meruntun hati, pelajar ini juga dilihat sempat mengimamkan solat jenazah buat arwah.

Ahmad Khairuddin juga dilihat turun ke liang lahad untuk mengebumikan bapanya dan difahamkan pelajar berkenaan kembali ke bilik peperiksaan setelah selesai urusan pengebumian.

image is not available

Rata-rata netizen di ruangan komen mengucapkan ucapan takziah buat pelajar itu dan berharap Ahmad Khairuddin diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang berat ini. Al Fatihah… 

image is not available

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.