Calon SPM patah kaki dalam kemalangan ketika ke sekolah

27 Nov 2026 • 10:18 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

SPM kemalangan

PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan lima yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bangsar Utama 1 menghala ke Jalan Kemuja, Kuala Lumpur, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.55 pagi ketika mangsa berusia 17 tahun sedang menunggang motosikal dari arah Pantai Dalam menuju ke sebuah sekolah di Bangsar untuk menduduki peperiksaan itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sufian Abdullah berkata, pada awalnya kereta yang dipandu seorang wanita Cina berusia 25 tahun dari arah bertentangan dipercayai membelok ke kanan tanpa memberi laluan kepada penunggang motosikal sehingga menyebabkan perlanggaran.

“Akibat kemalangan tersebut, pelajar berkenaan mengalami patah kaki kiri dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee menerusi talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – UTUSAN

The post Calon SPM patah kaki dalam kemalangan ketika ke sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved