Pelajar SPM patah kaki, motosikal bertembung kereta

26 Nov 2026 • 10:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar SPM patah kaki, motosikal bertembung kereta

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi tidak berjalan seperti dirancang apabila motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bangsar Utama 1 di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.55 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Pantai Dalam menuju ke SMK Bangsar mengalami kecederaan patah kaki kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Suffian Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta dipandu wanita berusia 25 tahun dari arah bertentangan membelok ke kanan tanpa memberi laluan kepada penunggang motosikal.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan patah kaki kiri sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar SPM patah kaki, motosikal bertembung kereta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved