Cantik Ibarat Pelangi, Penggali Kubur Kongsi Rupa Liang Lahad Juruterbang Nahas Elmina

Entertainment
22 Aug 2023 • 5:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malaysia berkabung pada Khamis lalu selepas tragedi kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam yang mengorbankan 10 nyawa termasuk juruterbang serta pengguna jalan raya.

Sebuah video tular, perkongsian penggali kubur yang bertanggungjawab menyemadikan jenazah juruterbang pesawat Beechcraft Model 390 yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gates, Hulu Klang.

Apa yang menarik perhatian, liang lahad Allahyarham Shahrul Kamal Roslan yang digali itu dilihat berwarna seakan pelangi dengan mempunyai beberapa lapisan tanah.

Dalam perkongsian pengguna TikTok @thejaws, dia memberitahu ini kali pertama dia melihat perkara unik sebegitu sepanjang menjadi seorang penggali kubur.

“Bagi yang teruja dengan keindahan pelangi, kita saksikan pandangan dari dalam lubang kuburnya. Memang berlapis-lapis macam ni coklat sikit, merah, hitam, kekuningan, hijau sikit dan membawa ke kuning.

Ada lapan warna berbeza. Inilah kubur jenazah kapten kapal terbang Elmina tu. Luas dan lebar. Cantikkan? Seolah-olah warna pelangi,” katanya.

Bukan itu sahaja, liang lahad Allahyarham Shahrul juga kelihatan terang dan luas tidak seperti liang lahad biasa.

“Apa lah amalan arwah…”

Ramai netizen yang turut kagum dengan perkara itu, rata-rata terpegun dengan warna liang lahad itu malah ada juga yang tertanya-tanya apakah amalan Allahyarham semasa dia hidup di dunia.

image is not available

Kita sedekahkan Al-Fatihah untuk semua yang terkorban…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.