Cantik! Penampilan Dynas Mokhtar Buat Peminat 10 Kali Ulang Tengok Video - “Makin Lawa…”

14 Nov 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian sebuah video yang dibuat pelakon Dynas Mokhtar baru-baru ini berjaya mencuri perhatian netizen.

Ucap tahniah 

Menerusi video tersebut, Dynas atau nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 41 sedang menitipkan ucapan tahniah kepada rakan-rakannya di sebuah acara.

@dynasmokhtar_tiktok Congrats Astute Clinik UOA Glenmarie .. lagi dekat dengan my new house nanti Insyallah . @Astute Clinic ♬ original sound - dynasmokhtar_tiktok

“Tahniah, tahniah, tahniah,” ujarnya dalam video tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian juga apabila dapat dilihat kelibat aktres sensasi Ruhainies yang hanya tersenyum manis sambil memberikan ‘flying kiss’ bersebelahan Dynas Mokhtar.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet memuji kecantikan Dynas.

“Makin lawa Dynas.

“10 kali aku ulang. 

“Cantik Dynaz,” komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, reaksi spontan Dynas juga berjaya menjadi tumpuan netizen sehingga ada yang mendakwa pelakon Drama Awan Dania itu menjeling Ruhainies.

“Kenapa reaksi yang first tu.

“Side eye Dynas macam sesuatu je, ke saya salah tengok.

“Kenapa aku rasa dia palau Ruhainies,” komen beberapa netizen.