“Cermin pecah & kemik” – Wanita Mengaku Salah ‘Block’ Kereta Lain, Minta Saksi Tampil Bagi Rakaman ‘Dashcam’

Entertainment
14 Nov 2024 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sikap sesetengah pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sememangnya menyusahkan orang lain.

Salah satu kesalahan yang sering dilakukan adalah dengan meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menyukarkan kepada pengguna lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah kenderaan telah menghalang pengguna lain di kawasan parkir Hospital Kajang.

Individu yang merakamkan kenderaan terbabit bagaimanapun meluahkan rasa kecewa kerana pemilik kenderaan itu tidak menjawab panggilan telefon kira-kira 30 minit bagi mengalih keretanya.

Wanita mengaku salah

Dalam perkembangan baharu, pemilik kenderaan tampil mengaku bersalah kerana telah menimbulkan masalah akibat menghalang laluan pengguna lain.

Dakwa wanita itu, cermin keretanya dipecahkan dan kemik kerana kesilapannya memarkir kenderaan sehingga menghalang kereta lain.

“Nak minta tolong jasa baik daripada anda. Untuk makluman, cermin kereta saya kena pecah dan kemik disebabkan saya halang kereta orang. Saya mengaku saya salah.”

image is not available

Dia bagaimanapun mencari saksi yang melihat kejadian berkenaan dan meminta sekiranya ada pihak yang mempunyai rakaman papan pemuka untuk menghubunginya.

“Nak tanya, sesiapa yang berada di Hospital Kajang dan berada di parking kereta hospital (berhadapan hotel pada 11 November 2024, jam lebih kurang 1 tengah hari hingga 3 petang).

“Nak minta jasa baik yang mana nampak kejadian pada tarik dan waktu tersebut untuk menjadi saksi,” katanya.

image is not available

Perkongsian wanita itu bagaimanapun telah meraih pelbagai reaksi netizen. Orang ramai berharap kejadian tersebut memberi pengajaran kepadanya untuk tidak parkir kereta sesuka hati.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article