
Isteri kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengundang perhatian ramai selepas memuat naik foto terbaru di Instagram.
Foto yang dimuat naik memaparkan dirinya sedang meluangkan masa bersama kuda yang diberi nama Santana dan Jenggo.


Di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa teruja melihat perkembangan terkini influencer ini selepas sekian lama mendiamkan diri.
Rata-rata memuji Ira yang dilihat semakin berseri-seri dengan imej sederhana seperti itu.




Meninjau ke Instagram, hantaran terakhir yang pernah dibuat selebriti ini adalah setahun yang lalu. Ira mula mendiamkan diri daripada media sosial selepas dikecam bertubi-tubi gara-gara berkahwin dengan Syamsul Yusof di Thailand.

Jap!



