“Cantiknya dia” – Pernah Dipersoal Isu Gender, Imane Khelif Tayang Sisi Feminin

SportsWomen's Fashion
16 Aug 2024 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah terpalit dengan isu kekeliruan jantina ketika di Sukan Olimpik Paris 2024, atlet tinju Algeria, Imane Khelif baru-baru ini mengejutkan ramai netizen apabila tampil berimej feminin dalam satu video yang tular di X.

Menerusi video itu, dapat dilihat Imane pada awalnya bergaya seperti ahli tinju sebelum tiba-tiba tampil dengan gaya rambutnya dilepas ke paras bahu dan memakai blaus putih dengan bunga-bunga merah jambu.

Imane juga dilihat memakai subang berbentuk bunga serta menyarungkan pingat emas yang diperolehinya ketika Olimpik lepas.

“Dia tak perlu buat macam ni, masih cantik tanpa mekap”

Perkongsian video itu mendapat pelbagai komen positif netizen yang memuji kecantikan Imane, malah ada yang mengatakan Imane tidak perlu pun buat video ‘makeover’ ini demi membuktikan jantinanya kepada orang ramai.

image is not available

Yang penting hati mesti bersih, barulah cantik luar dan dalam, kan?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.