“Cantiknya wanita berhijab tu” – Netizen Luar Negara Terpegun Kecantikan Mira Filzah Di Global OTT Awards

Entertainment
25 Aug 2025 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah menjadi bualan ramai pengguna media sosial selepas beliau menghadiri acara Global OTT Awards 2025, sebuah anugerah berprestij dalam industri penstriman antarabangsa yang berlangsung di Busan, Korea Selatan, semalam.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, turut mencipta sejarah apabila menjadi pelakon wanita Malaysia pertama dijemput sebagai penyampai anugerah pada acara tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan Mira Filzah yang kelihatan anggun menggayakan busana gaun labuh berwarna biru sedang menyampaikan anugerah kepada pelakon China, Bai Jing Ting bagi kategori ‘People’s Choice Awards’.

Penampilan Mira Filzah menjadi sorotan netizen luar negara yang rata-ratanya memberi pujian kerana terpegun dengan keanggunan beliau.

@bynsaaa

Mira Filzah as Global OTT award presenter in Busan South Korea #fyp

♬ original sound – xxme7xx – netballfans

Ditambah pula, penampilan wanita berhijab dalam anugerah berprestij sebegini adalah pemandangan yang agak jarang dipaparkan.

image is not available image is not available image is not available

Difahamkan, Mira Filzah menjadi wakil Malaysia susulan drama Original Malaysia terbitan Viu iaitu Gadis Masa (Yesterday’s You) tercalon dalam kategori OTT Orginal Terbaik.

Drama romantik komedi ini mengisahkan seorang wanita muda yang kembali ke masa lalu untuk menghalang suaminya daripada menceraikannya, namun setiap cubaan menyelamatkan perkahwinannya membawa akibat yang lucu dan tidak dijangka.

Anugerah tersebut bagaimanapun dimenangi oleh tuan rumah menerusi drama thriller misteri-jenayah iaitu Nine Puzzle yang mana pegawai detektif bekerjasama dengan suspek untuk menyelesaikan kes pembunuhan bersiri.

Sumber: TikTok, Utusan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.