Semalam tular di X apabila pengguna @ros_ie9 menunjukkan ciri Magic Layers yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) di Canva memadam perkataan Palestin tanpa diminta. Poster menyokong Palestin yang dimuat naik ke Canva diubah menjadi poster menyokong Ukraine. Selepas isu tular, pengguna lain turut mengesahkan perkara yang sama berlaku apabila mereka juga menaikkan grafik dengan perkataan Palestin.

Dalam laporan Gizmodo, jurucakap Canva mengesahkan isu ini berlaku dan berkata ianya telah disiasat serta akan diperbaiki segera. Canva turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dan akan membaikinya. Pada waktu yang sama syarikat melancarkan audit dalaman untuk mencari punca dan memperbaiki proses ujian.
Kewujudan bias dalam model AI adalah isu berbangkit sejak LLM mula digunakan secara meluas tiga tahun lalu. Tular chatbot utama yang enggan memberikan komen apabila diminta memberikan pendapat mengenai isu Israel Palestin dan melalukan kritikan terhadap pelbagai agama kecuali Yahudi.





