Caprice Nasihat, Hentikan ‘Perang’ Rumah Tangga Di Media Sosial - “Setiap Kali Ibu Bapa Gaduh, The Real Mangsa Adalah Anak-Anak”

29 Apr 2025 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi rap, Caprice menasihatkan bekas pasangan suami isteri pempengaruh, Jofliam dan Cik Epal supaya bertindak matang dan menyelesaikan hal rumah tangga dengan baik.
 

Khuatir ganggu emosi anak-anak


Menurut Caprice, hal rumah tangga seeloknya tidak dipertontonkan di hadapan anak-anak kerana khuatir akan menganggu emosi mereka.

“Kesian anak-anak. Setiap kali ibu bapa bergaduh antara satu sama lain, mangsa yang sebenar adalah anak-anak,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.


Mohon permudahkan urusan bekas isteri


Dalam pada itu, menerusi satu hantaran lain, Caprice juga menasihatkan sebagai lelaki seharusnya permudahkan sahaja tuntutan isteri yang mahukan kembali barangnya di dalam rumah tersebut.

“Sebagai lelaki, bagi sahajalah apa yang dia tuntut yang memang barang dia. Tak kisahlah peti ais ke, pinggan ke, bag tangan ke, bagi sahajalah.

“Kita sebagai lelaki boleh mulakan perjalanan hidup baharu, isteri baharu, beli sahaja barang baharu bukannya hang tak mampu.


“Dan bila difikirkan kembali, tiada apa pun daripada barang korang boleh bawa pun dalam kubur ,” ujarnya.



Terdahulu, Cik Epal sebelum ini telah berkongsi video dari perspektifnya sendiri, mendakwa dirinya dicakar sehingga mengalami kecederaan di bahagian mata ketika insiden di rumah tersebut.


Tidak berdiam diri, bekas suaminya, Jofliam memuat naik sebuah video baru di media sosial,


memperlihatkan suasana tegang di rumahnya yang melibatkan Cik Epal dan isteri baharunya, Dewi.



Setakat ini, kedua-dua pihak dilihat saling berkongsi bukti masing-masing di media sosial, dan situasi ini dijangka terus menjadi perhatian ramai dalam masa terdekat