
Seorang pensyarah wanita jadi perhatian netizen apabila mengenakan hukuman unik kepada pelajarnya yang datang lewat ke kelas iaitu dengan membuat video menari mengikut trend TikTok di hadapan semua orang.
Menerusi Tiktok, terdapat satu video menunjukkan pensyarah yang menggunakan nama @MissJane memberi hukuman kepada seorang pelajar kerana hadir lambat ke kelas Matematik.
Siapa lambat masuk kelas saya kena buat persembahan trend TikTok dekat depan ya.
Netizen beri reaksi lucu dan ‘takut’

Ramai netizen terhibur, tapi dalam masa yang sama takut kalau mereka berada di tempat pelajar berkenaan.
Rata-rata berpendapat, lebih baik datang awal daripada menanggung ‘malu’ menari depan kelas!
Kalau beginilah Miss, sebelum subuh saya sudah sampai ke kelas.
Saya rela datang awal kalau macam ini sebab kitanya introvert dan takut.
Ini kalau sudah terlambat datang, memang aku ponteng terus lah.
Hukuman yang buat pelajar trauma atau suka?

Walaupun hukuman ini bersifat santai dan menyeronokkan, ia juga menunjukkan satu langkah dalam mendisiplinkan pelajar walaupun ada yang berpendapat ia boleh buat pelajar jadi lebih takut untuk hadir.
Namun begitu, ramai memuji pendekatan ini kerana tidak melibatkan kekasaran dan membentuk disiplin dalam suasana yang menyeronokkan.
Tak kisah apa pun gaya mendidik, yang penting sampai dan berkesan. Tapi ingat, jangan sampai pelajar rasa terhina. Hormat tetap nombor satu!
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.


