Program Volunteer Zoo Negara (KeeperKu) dibuka untuk pelajar berumur 16 tahun ke atas yang ingin merasai pengalaman unik sebagai penjaga zoo.
Peserta bukan sahaja akan terlibat dengan kerja-kerja penjaga zoo tetapi juga berpeluang untuk membantu dalam Jabatan Pendidikan, Perhubungan Awam, Perkhidmatan Pelanggan, Hospital Veterinar, Taman & Landskap serta jabatan-jabatan lain.
Menarik kan? Jadi, tunggu apa lagi jomlah daftar!
Rujuk cara-caranya di bawah.
Apa Itu Program Volunteer Zoo Negara (KeeperKu)?
Program KeeperKu adalah program sukarelawan rasmi Zoo Negara Malaysia yang dibuka untuk pelajar sekolah dan universiti berumur 16 tahun ke atas.
Ia memberi peluang kepada peserta untuk bekerja di sebalik tabir zoo. Peserta dapat belajar tentang penjagaan haiwan dan pengurusan hidupan liar secara langsung.

Fokus Utama Program
Fokus utama program ini dianjurkan oleh pihak Zoo Negara adalah seperti berikut:
- Pengalaman Kerjasama: Peserta bekerja terus bersama penjaga haiwan profesional (zoo keepers).
- Penjagaan Haiwan: Membantu dalam aspek pemakanan, kebersihan habitat, dan aktiviti stimulasi haiwan.
- Pengurusan Zoo: Melibatkan diri dalam pelbagai jabatan seperti hospital veterinar, pendidikan, dan landskap.
- Kesedaran Alam: Memupuk rasa cinta, tanggungjawab, dan kepimpinan terhadap pemuliharaan alam sekitar.




Cara Sertai Program Volunteer Zoo Negara (KeeperKu)
Untuk menyertai Program Volunteer Zoo Negara (KeeperKu), anda perlu mendaftar slot secara dalam talian melalui platform rasmi Ticket2U.
Langkah-langkah Pendaftaran Program Volunteer Zoo Negara (KeeperKu)
- Layari portal rasmi Ticket2U untuk mendaftar slot yang anda inginkan.
- Pilih tarikh yang anda inginkan.
- Masukkan jumlah peserta yang ingin turut serta.
- Klik “Register Now”
- Klik “Confirm & Checkout”
- Isi maklumat yang diperlukan > Klik “Save and Next”. Pastikan semua maklumat tepat.
- Baca Terms & Regulation > Klik “I Agree, Proceed”
- Klik “Make Payment” dan buat bayaran online.
- Selesai!
Rujuk panduan bergambar di bawah:





SELESAI!
Anda boleh retrieve ticket dengan memasukkan emel yang didaftarkan.

NOTA PENTING:
- Program ini tidak dijalankan pada hari Isnin hingga Rabu. Anda boleh memilih slot hari Khamis, Jumaat, Sabtu, atau Ahad sahaja.
- Tempahan slot hendaklah dilakukan seminggu sebelum tarikh yang diinginkan.
- Program diadakan bermula 8 pagi sehingga 12.30 tengahari.
- Walaubagaimanapun, peserta perlu hadir pada pukul 7.30 pagi untuk mendengar taklimat.
Tentatif
Tentatif program sukarelawan Zoo Negara ini adalah seperti berikut:

Yuran
Yuran yang dikenakan adalah RM55 untuk setiap peserta. Manakala RM2.20 adalah processing fee.
Jadi total semua ialah RM57.20.

Terma & Syarat
- Program ini terbuka kepada semua pelajar berumur 16 tahun dan ke atas untuk sekolah, kolej dan universiti sahaja.
- Yuran pendaftaran adalah RM55.00 bagi setiap pelajar untuk sumbangan kepada program alam sekitar hidupan liar.
- Peserta perlu menyediakan salinan kad ID pelajar mereka bersama-sama dengan permohonan.
- Yuran pendaftaran hendaklah dibayar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh program dan pemulangan wang TIDAK akan dilayan.
- Peserta mesti menghubungi Jabatan Pendidikan sekurang-kurangnya dua hari sebelum ketibaan tarikh yang didaftarkan untuk mengesahkan kehadiran mereka atau untuk membatalkan tarikh tempahan.
- Sila masuk melalui Pintu 3. Peserta dijangka tiba TIDAK lewat daripada jam 7.30 pagi. Mereka yang lewat TIDAK akan dilayan dan akan dinasihatkan sama ada untuk datang pada hari lain atau membayar yuran kemasukan untuk menjadi pelawat biasa.
- Peserta mestilah memakai pakaian yang bersesuaian semasa bertugas termasuk kasut bertutup dan seluar panjang.
- Kasut terbuka di bahagian jari (seperti selipar), seluar pendek, barang kemas dan baju tanpa lengan adalah TIDAK dibenarkan. Rambut panjang mestilah diikat dengan kemas.
- Peserta TIDAK dibenarkan membawa makanan dan minuman luar (termasuk air mineral). Untuk tempahan makanan & minuman (F&B), sila hubungi The Wild Restaurant di talian 019-326 0905.
- Peserta dikehendaki memakai pelekat KeeperKu yang disediakan pada setiap masa semasa berada di tapak program.
- Tugasan kerja mungkin TIDAK diberikan mengikut pilihan peserta.
- Adalah penting untuk peserta berada dalam keadaan sihat semasa menyertai program ini bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan penyakit kepada haiwan atau orang lain.
- Program ini TIDAK SESUAI untuk orang kurang upaya (OKU) fizikal atau individu yang tidak cergas secara fizikal.
- Peserta TIDAK dibenarkan merakam sebarang gambar atau video haiwan dalam kurungan, sangkar dalaman atau kurungan malam haiwan.
- Peserta tidak bersandarkan pada apa jua keadaan sekalipun boleh menyentuh, mengendali atau memberi makan kepada haiwan pada bila-bila masa tanpa kebenaran daripada Pegawai atau Penyelia Zoologi.
- Peserta sama sekali tidak boleh memasuki mana-mana kawasan kurangan bersama haiwan tanpa kebenaran daripada Pegawai atau Penyelia Zoologi dan mereka TIDAK dibenarkan berada di dalam premis zoo selepas waktu bekerja.
- Sijil rasmi Program KeeperKu hanya diberikan kepada peserta yang telah melengkapkan minimum 40 jam (lima hari penuh) program ini. Jika anda ingin menuntut sijil anda, sila e-mel kepada kami di education@zoonegaramalaysia.my.
- Peserta mesti segera memaklumkan kepada kakitangan Zoo Negara Malaysia jika berlaku sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diingini semasa berada di tapak program. Peserta TIDAK boleh mengganggu Pengurusan Zoo Negara Malaysia.
- Peserta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas barangan kepunyaan, kesihatan dan keselamatan diri sendiri. Pihak Pengurusan Zoo Negara Malaysia dan kakitangannya TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan, kehilangan, tuntutan, kerosakan atau kecederaan kepada peserta atau harta benda peribadi.
- Pihak Pengurusan Zoo Negara Malaysia berhak untuk meminda terma dan peraturan tanpa sebarang notis awal atau memberikan sebarang alasan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program Volunteer Zoo Negara (KeeperKu), sila rujuk:
- Portal rasmi Zoo Negara
- Talian: +603-4108 3422 (Education Department of Zoo Negara)
- Emel: education@zoonegaramalaysia.my
- FAQ Program Volunteer Zoo Negara (KeeperKu)
