Carmin Mata Pintar Oakley Meta HSTN Dan Vanguard Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM2069

TechnologySports
13 Oct 2026 • 11:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Carmin Mata Pintar Oakley Meta HSTN Dan Vanguard Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM2069

Cermin mata pintar Oakley Meta HSTN dan Oakley Meta Vanguard kini ditawarkan di Malaysia. Berbeza dengan siri Ray-Ban Meta yang menekankan gaya harian, model Oakley ini lebih fokus kepada pengguna aktif bersukan atau gemar aktiviti luar.

Image from: Carmin Mata Pintar Oakley Meta HSTN Dan Vanguard Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM2069

Oakley Meta HSTN menampilkan gaya kasual dengan rekaan moden yang sesuai untuk mereka yang mahukan cermin mata pintar sambil mengekalkan rupa harian santai. Sementara itu Oakley Meta Vanguard pula hadir dengan rekaan lebih agresif dan berorientasikan prestasi. Ia sememangnya dibina khusus untuk ketahanan tinggi serta penggunaan dalam aktiviti sukan lasak.

Image from: Carmin Mata Pintar Oakley Meta HSTN Dan Vanguard Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM2069
Image from: Carmin Mata Pintar Oakley Meta HSTN Dan Vanguard Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM2069

Dari segi spesifikasi, kedua-dua model dilengkapi kamera ultra lebar 12MP, rakaman video sehingga resolusi 3K dan sistem audio imersif dengan susunan lima mikrofon untuk tangkapan suara lebih jelas. Kelebihan pada model Vanguard ialah sudut pandang kamera lebih luas iaitu 122° FOV serta tambahan 6dB pada pembesar suara. Hal ini memastikan audio kekal lantang walaupun ketika berbasikal atau bersukan pada kelajuan tinggi.

Image from: Carmin Mata Pintar Oakley Meta HSTN Dan Vanguard Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM2069
Image from: Carmin Mata Pintar Oakley Meta HSTN Dan Vanguard Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM2069

HSTN memenuhi piawaian IPX4 yang tahan percikan air seperti Meta Ray-Ban, manakala Vanguard lebih unggul dengan penarafan IP67 yang melindungi daripada debu dan rendaman air. Dari segi bateri, HSTN mampu bertahan sehingga 8 jam dengan sekali cas, sementara Vanguard sehingga 9 jam. Kedua-duanya turut disertakan bekas pengecas yang menambah hayat penggunaan sehingga 48 jam.

Image from: Carmin Mata Pintar Oakley Meta HSTN Dan Vanguard Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM2069

Oakley Meta HSTN dijual di Malaysia pada harga RM2,069, manakala Oakley Meta Vanguard berharga RM2,589. Kedua-dua model cermin mata pintar ini akan mula ditawarkan bermula 20 Oktober 2026 di kedai Oakley serta rangkaian runcit EssilorLuxottica termasuk Sunglass Hut, A-Look, SEEN dan kedai optik terpilih di seluruh Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved