Cermin Mata Ray-Ban Meta (Gen 3) Dan Meta Optics (Gen 2) Kini Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM2119

TechnologyDigital
13 Oct 2026 • 9:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cermin Mata Ray-Ban Meta (Gen 3) Dan Meta Optics (Gen 2) Kini Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM2119

Cermin mata pintar generasi baharu, Ray-Ban Meta Gen 3 dan Ray-Ban Meta Optics Gen 2 kini mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Model ini mengekalkan gaya ikonik Ray-Ban dan hadir dengan teknologi terkini daripada Meta bagi pengalaman menarik melalui kamera terbina, sistem audio dan aplikasi pintar Meta AI.

Image from: Cermin Mata Ray-Ban Meta (Gen 3) Dan Meta Optics (Gen 2) Kini Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM2119
Ray-Ban Meta Gen 3 Zena
Image from: Cermin Mata Ray-Ban Meta (Gen 3) Dan Meta Optics (Gen 2) Kini Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM2119
Ray-Ban Meta Gen 3 Zena

Ray-Ban Meta Gen 3 merupakan cermin mata pintar generasi terbaharu yang menggabungkan teknologi moden dengan gaya fesyen klasik. Ia hadir dalam tiga rekaan ikonik iaitu Wayfarer, Aviator dan Zena dengan bingkai lebih nipis serta ergonomik tanpa menjejaskan identiti asal Ray-Ban.

Image from: Cermin Mata Ray-Ban Meta (Gen 3) Dan Meta Optics (Gen 2) Kini Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM2119
Ray-Ban Meta Gen 3

Cermin mata ini dilengkapi kamera 12MP yang mampu merakam video sehingga 3K Ultra HD. Kemampuan ini membolehkan pengguna menghasilkan imej dan video berkualiti tinggi terus daripada bingkai. Sistem audio pula menggunakan enam mikrofon terbina yang direka khusus untuk menangkap suara dengan jelas sesuai digunakan bagi rakaman dan panggilan suara.

Image from: Cermin Mata Ray-Ban Meta (Gen 3) Dan Meta Optics (Gen 2) Kini Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM2119
Image from: Cermin Mata Ray-Ban Meta (Gen 3) Dan Meta Optics (Gen 2) Kini Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM2119

Selain itu, Ray-Ban Meta Gen 3 dilengkapi butang kamera pada tangkai kanan, manakala sensor sesentuh pada kedua-dua tangkai membolehkan pengguna mengawal kekuatan pembesar suara dengan mudah. Dari segi sambungan, ia menyokong Bluetooth 5.3 dan WiFi 6 untuk pemindahan data yang stabil serta pantas. Baterinya mampu bertahan sehingga lapan jam penggunaan berterusan. Kehadiran action button turut menjadi kelebihan utama kerana memudahkan kawalan dan melengkapkan pengalaman pintar pengguna.

Image from: Cermin Mata Ray-Ban Meta (Gen 3) Dan Meta Optics (Gen 2) Kini Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM2119

Ray-Ban Meta Gen 2 Optics pula ditawarkan khusus untuk pemakai cermin mata rabun. Ia hadir dalam pilihan gaya Blayzer Optics dan Scriber Optics dengan keselesaan tambahan serta pilihan kekuatan lensa yang lebih pelbagai. Dari segi spesifikasi, ia mengekalkan hampir semua ciri Gen 3 termasuk kamera 12MP, sistem audio enam mikrofon dan bateri yang mampu bertahan sehingga lapan jam. Sebagai tambahan, model ini turut disertakan dengan dua set alas hidung dalam kotak bagi meningkatkan keselesaan dan membolehkan pemakai menyesuaikan penggunaan mengikut keperluan masing-masing.

Image from: Cermin Mata Ray-Ban Meta (Gen 3) Dan Meta Optics (Gen 2) Kini Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM2119
Ray-Ban Meta Gen 2 Optics

Kedua-dua model cermin mata ini melepasi piawaian kalis percikan IPX4 dan dilengkapi pembantu maya Meta AI yang mampu menerima arahan suara serta mengenal pasti objek yang dipandang. Di Malaysia, Ray-Ban Meta Gen 3 dijual pada harga RM2,119 manakala Ray-Ban Meta Optics (Gen 2) ditawarkan pada harga RM2,209.

Kedua-duanya boleh didapati di kedai Ray-Ban, rangkaian EssilorLuxottica seperti Sunglass Hut, A-Look dan SEEN serta pengedar optik rasmi terpilih di seluruh Malaysia. Acara pop-up eksklusif turut akan berlangsung di The Starhill Piazza, Kuala Lumpur dari 21 Oktober hingga 1 November 2026 yang menampilkan pengalaman AI pintar, ukiran khas pada bekas Ray-Ban Meta dan pameran penuh koleksi.

Image from: Cermin Mata Ray-Ban Meta (Gen 3) Dan Meta Optics (Gen 2) Kini Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM2119
Ray-Ban Meta Gen 2 Optics

Menariknya, edisi terhad Ray-Ban Meta Aviator 2026 Limited Edition juga diperkenalkan dengan hanya 15 unit ditawarkan secara eksklusif di pop-up tersebut. Orang ramai dinasihatkan untuk membeli melalui penjual sah dan saluran rasmi bagi memastikan keaslian produk serta perlindungan waranti yang terjamin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved