Carrick tidak akan letak jawatan

WorldFootball
10 Nov 2026 • 7:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Carrick tidak akan letak jawatan

MANCHESTER: Michael Carrick tidak akan meletak jawatan meskipun masa depannya di Old Trafford terus menjadi tanda tanya susulan prestasi hambar pasukan itu dalam Liga Perdana Inggeris.

Pengurus United itu kembali berdepan tekanan selepas United terikat 4-4 dengan Aston Villa di Old Trafford, sekali gus melanjutkan rekod tanpa kemenangan liga kepada lapan perlawanan.

Lebih parah, The Red Devils terus terperosok dalam kelompok tiga pasukan terbawah dengan hanya mengumpul lapan mata daripada 10 perlawanan.

Ketika ditanya kemungkinan perbincangan berkenaan kedudukannya akan berlangsung sepanjang rehat antarabangsa, Carrick memberikan jawapan sinis sehingga mencetuskan suasana tegang dalam temu bual bersama Sky Sports.

“Perkara berkenaan (dipecat) tidak akan berlaku. Kami tahu keadaan sekarang, kami tidak memenangi perlawanan secukupnya.

“Saya menjangkakan kami akan terus bergerak ke hadapan dan berusaha memperbaiki perkara yang perlu diperbaiki sebelum memenangi perlawanan,” kata Carrick.

United kini mempunyai tempoh rehat sehingga 22 November ini sebelum bertandang ke Anfield untuk berdepan Liverpool, sekali gus memberi ruang kepada pihak pengurusan menilai kedudukan Carrick.

Bagaimanapun, kebangkitan dramatik ketika menentang Villa sedikit sebanyak memperlihatkan semangat juang pemain apabila mereka dua kali bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menyelamatkan satu mata.

Keputusan itu bagaimanapun belum cukup untuk meredakan persoalan mengenai masa depan Carrick, apatah lagi United hanya mencatat satu kemenangan dalam 10 aksi liga musim ini. – AGENSI/UTUSAN

The post Carrick tidak akan letak jawatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved