EPL: Villa sia-siakan peluang menang

Football
10 Nov 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Villa sia-siakan peluang menang

MANCHESTER – Pengurus Aston Villa, Unai Emery mengakui kecewa dan marah selepas pasukannya mensia-siakan peluang untuk mencatat kemenangan ke atas Manchester United di Old Trafford awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Villa mencipta kejutan apabila mendahului dua gol dalam tempoh empat minit awal perlawanan menerusi Alysson dan Nicolas Jackson, namun kelebihan itu dipadamkan oleh United menerusi Bruno Fernandes dan Youri Tielemans.

Memasuki babak kedua, Villa sekali lagi bermula garang apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit bermula minit ke-48 menerusi John McGinn dan Leon Goretzka untuk mendahului 4-2 sehingga tempoh 90 minit berakhir.

Namun, memasuki masa kecederaan benteng Villa tiba-tiba rapuh apabila United berjaya meledak dua gol menerusi Joshua Zirkzee dan Patrick Dorgu untuk mengikat perlawanan.

“Sudah tentu saya marah. Sukar untuk menerima apabila kami melepaskan kelebihan dua gol pada penghujung perlawanan, tetapi kemarahan itu terhadap situasi, bukannya pemain. Kami kehilangan peluang untuk memperoleh dua mata tambahan,” katanya.

Emery turut mengakui sokongan penyokong United membantu tuan rumah bangkit, selain menyifatkan pasukannya gagal mengawal pergerakan Dorgu pada saat-saat akhir sehingga membolehkan pemain itu menjaringkan gol penyamaan.

Sementara itu, Emery turut menjelaskan tindakannya menuju ke terowong pemain sebelum wisel penamat kerana menyangka perlawanan sudah hampir tamat biarpun wisel penamat hanya dibunyikan dua minit kemudian.

“Saya tidak emosi. Mereka menjaringkan gol pada minit ke-96 ketika enam minit masa tambahan. Saya fikir perlawanan sudah hampir tamat,” katanya. – AGENSI

The post EPL: Villa sia-siakan peluang menang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved