Carsome & Perhebat Jalin Kerjasama, Latih Serta Tempatkan Veteran Tentera Sebagai Inspektor Automotif

LocalCars
14 Aug 2026 • 11:52 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Carsome & Perhebat Jalin Kerjasama, Latih Serta Tempatkan Veteran Tentera Sebagai Inspektor Automotif

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ekosistem kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, Carsome Sdn Bhd dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), agensi yang bertanggungjawab terhadap peralihan kerjaya bakal pesara dan  veteran  Angkatan  Tentera  Malaysia (ATM), memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melatih kumpulan sasar itu untuk kerjaya sebagai Inspektor Automotif CARSOME.

MoU tersebut ditandatangani di Ibu Pejabat CARSOME oleh Tuan Haji Mansor bin Ibrahim, Pendaftar PERHEBAT, mewakili Ketua Pengarah PERHEBAT, Dato’ Ts. Amir Md. Noor dengan Teoh Jiun Ee, Pengasas Bersama CARSOME dan Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy, dengan disaksikan oleh wakil-wakil daripada kedua-dua organisasi.

Menerusi kerjasama ini, calon dalam kalangan bakal pesaran dan veteran tentera yang dipilih oleh PERHEBAT akan diberikan latihan yang bersesuaian oleh CARSOME, dan seterusnya ditempatkan di cawangan-cawangan CARSOME sebagai Inspektor Automotif.

Kerjasama ini bermula hari dengan kumpulan pertama seramai 5 orang pelatih, dan lebih ramai lagi dijangka menyusul sepanjang tempoh 2 tahun MoU tersebut. Dalam tempoh 5 bulan, para pelatih akan menjalani program teknikal berstruktur CARSOME serta pensijilan sistem CarInspect, diikuti dengan kerja pemeriksaan secara amali di tempat kerja di bawah seliaan dan bimbingan juruteknik pakar CARSOME. Tawaran jawatan tetap sebagai Inspektor Automotif akan diberikan berdasarkan prestasi.

CARSOME menyatakan bahawa kerjasama ini merupakan respons kepada jurang bakat yang berterusan dalam bidang pemeriksaan kenderaan, iaitu satu bidang yang bersaing untuk sumber bakat mekanikal yang sama seperti yang dicari oleh bengkel, pengedar dan pengeluar kenderaan. Syarikat itu turut menyatakan bahawa juruteknik tentera yang telah bersara membawa pengalaman mekanikal praktikal bertahun-tahun serta disiplin terhadap prosedur operasi standard yang dibentuk sepanjang perkhidmatan dalam tentera, dan kedua-duanya berkait secara langsung dengan kerja pemeriksaan kenderaan.

“Kerjasama ini memberi manfaat kepada kedua-duapihak. Di CARSOME, kami bergantung kepada pemeriksa kenderaan yang berkemahiran bagimengekalkan keyakinan pelanggan terhadap standard kami, dan kami melihat kesesuaian yang jelas di mana veteran negara membina kemahiran serta kualiti teknikal yang tinggi hasil pengalaman berkhidmat bertahun-tahun. Kami menantikan kerjasama rapat dengan PERHEBAT bagi menyokong veteran tentera, dan berharap dapat memperluas kerjasama ini pada masa hadapan,” kata Pengasas Bersama CARSOME dan Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy, Teoh Jiun Ee.

“Selaras Pelan Transformasi PERHEBAT 2026-2035, kerjasama ini terus mengukuhkan peranan PERHEBAT dalam pasaran pekerjaan yang dinamik dan kompetitif.

“Kami percaya kumpulan bakat ini yang mahir dan berdaya saing mampu menjadi aset kepada pihak industri seterusnya membuka peluang kerjaya kedua yang lebih baik,” ujar Ketua Pengarah PERHEBAT, Dato’ Ts. Amir Md Noor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved