Casio, salah satu jenama jam tangan popular, hari ini memperkenalkan sebuah cincin jam untuk pasaran Jepun. Menariknya, cincin jam ini hadir dengan rekaan seumpama jam tangan retro Casio.

Cincin jam ini turut menyertakan sebuah skrin kecil yang membolehkan anda melihat masa, menetapkan penggera, dan beroperasi sebagai sebuah jam – tetapi digunakan pada jari.
Casio menyasarkan cincin ini boleh digunakan sekitar dua tahun, sebelum perlu gantian bateri.
Buat masa ini, cincin ini hanya ditawarkan di Jepun sahaja, pada harga sekitar RM570. Ia tidak diketahui lagi sama ada cincin ini akan diperluaskan ke pasaran luar Jepun atau tidak.


