Polysoft Services Mahu Memperkenalkan Storan SSD Khusus Untuk Mac Mini Baharu

TechnologyDigital
13 Nov 2024 • 1:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mac Mini, komputer padat terbaru yang dikeluarkan oleh Apple baru-baru ini diperlihatkan hadir dengan rekaan dalaman baru dimana storan SSDnya boleh dicabut dan ditukar oleh pengguna. Akan tetapi, isu dengan Mac Mini terbaru ialah pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya menukar SSD tersebut dengan storan mereka sendiri.

Di sinilah dimana sebuah syarikat pembuat aksesori Polysoft Services mengatakan bahawa mereka sedang dalam perancangan untuk membangunkan storan SSD khusus untuk komputer Mac Mini ini. Studio Drive ialah sebuah syarikat yang dikenali kerana memperkenalkan storan SSD untuk sebuah lagi komputer Apple, iaitu Mac Studio.

image is not available

Menurut pihak Polysoft Services, storan yang digunakan dalam Mac Mini hanya berbeza dari segi saiz fizikal, tetapi dari segi komponen elektronik, tidak banyak yang membezakan kedua-dua storan ini. Buat masa ini, pelan syarikat tersebut masih lagi untuk mengeluarkan sebanyak mungkin storan SSD untuk Mac Studio, tetapi sudahpun memulakan proses membangunkan storan SSD untuk Mac Mini.

Sama seperti storan Studio Drive untuk Mac Studio, PolySoft Services dijangka akan memperkenalkan kempen Kickstarter untuk storan Mac Mini kelak, tetapi buat masa ini ia tidak diketahui lagi.