Casio Lancar Kolaborasi Jam Tangan Digital menampilkan Siri Netflix, Stranger Things

Design
9 Jun 2023 • 6:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Casio melakar sejarah apabila mengumumkan pelancaran jam tangan A120WEST yang dinspirasikan daripada program Netflix, Stranger Things. - Gambar CASIO COMPUTER CO. LTD.

Jenama jam tangan yang mengumpul jutaan pengikut, Casio melakar sejarah manis dalam dunia fesyen apabila Casio Computer Co. Ltd.  baru-baru ini mengumumkan pelancaran A120WEST, model kolaborasi yang dinspirasikan daripada program Netflix yang amat berjaya, Stranger Things.

Stranger Things ialah siri pengembaraan misteri Netflix yang berlatarkan tahun 1980-an di bandar kecil Amerika. Pada tahun 1983, seorang budak lelaki hilang tanpa jejak di sebuah bandar barat tengah Amerika yang suram. 

Ketika rakan-rakan, keluarga dan polis tempatan mencari jawapan, mereka terlibat dengan misteri luar biasa yang melibatkan eksperimen rahsia besar, kuasa ghaib yang menakutkan serta seorang budak perempuan yang sangat pelik. 

image is not available
Permukaan jam tangan ini menggambarkan dunia watak-watak Stranger Things, dengan butang depan pop berwarna-warni yang mengingatkan kepada tahun 1980-an dengan Demogorgon muncul di bahagian tengah, yang mana ia muncul dalam dunia manusia.

Reka bentuk jam tangan baharu ini diinspirasikan oleh Stranger Things, sebuah rancangan yang banyak merujuk kepada budaya tahun 1980-an.

Berasaskan kepada A120, jam tangan yang diinspirasikan oleh jam tangan digital Casio yang dilancarkan pada tahun 1980-an, reka bentuknya memberi penghormatan kepada 'Upside Down', dimensi silih ganti yang wujud selari dengan dunia manusia.

image is not available
Permukaan jam tangan ini menggambarkan watak-watak Stranger Things, dengan butang depan pop berwarna-warni yang mengingatkan kepada tahun 1980-an.

Permukaan jam tangan ini menggambarkan dunia watak-watak Stranger Things, dengan butang depan pop berwarna-warni yang mengingatkan kepada tahun 1980-an dengan Demogorgon muncul di bahagian tengah, yang mana ia muncul dalam dunia manusia.

Apabila butang lampu LED ditekan, nama rancangan didedahkan dengan cetakan terbalik, membayangkan kehadiran dunia lain di sisi yang lain. Bahagian belakang bekas jam dan tali jam lutsinar direka bentuk dengan sesungut yang agak menakutkan, tertonjol dari alam ghaib, mencetuskan hubungan antara kedua-dua dunia.

Pembungkusan khas jam tangan ini diilustrasikan dengan imej pelakon watak muda rancangan tersebut. Stranger Things Musim 1 hingga 4 kini sedang distrim di seluruh dunia melalui platform Netflix. - Getaran, 9 Jun 2023 Sumber