Casio telah memperkenalkan G-STEEL-GM-2110D di Malaysia. Ia menjadi sebahagian daripada siri jam tangan yang diperbuat daripada logam mereka dengan tumpuan terhadap rekaan dan ketahanan. Lima pilihan warna yang ditawarkan mempunyai tubuh dengan rekaan oktagon tradisional bersama kerangka daripada bahan logam besi tahan karat. Disediakan juga tiga butang khusus di bahagian sisi untuk kawalan tertentu yang semestinya lebih memudahkan penggunaan.
Model baharu ini turut menampilkan tali berasaskan keluli tahan karat yang menggantikan Resin Straps pada model terdahulu. Selain itu masih boleh dibawa menyelam sehingga 20-meter dan disertakan juga lampu Super Illuminator LED bagi memudahkan penggunaan dalam tempat yang gelap. Terdapat juga skrin LCD untuk memaparkan waktu secara digital di samping ciri standard lain seperti tahan hentakan, jam randik 1/100 saat, pemasa dan lima penggera harian diberikan. Harga jualan rasmi ialah RM1,295 dan boleh dibeli menerusi pengedar rasmi Casio di seluruh Malaysia.


