Cat Farish sah bergelar suami Shikin Maembong dengan sekali lafaz

Entertainment
14 Jul 2023 • 12:50 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENYANYI dan komposer, Cat Farish sah bergelar suami kepada kakak Emma Maembong iaitu Shikin Maembong dengan hanya sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota, Mohd Shukri Shafie berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.

Memateri ikatan, Cat menyerahkan mas kahwin sebanyak RM200 manakala wang hantaran dirahsiakan.

image is not available

Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail pula menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tiga dulang oleh Cat.

image is not available

Suasana dimeriahkan dengan kehadiran adik-beradik Shikin sebagai ‘dulang girls’ termasuk pelakon Chacha Maembong, Emma Maembong dan Yaya Maembong. Anggota kumpulan Ruffedge pula muncul sebagai ‘dulang boys’.

image is not available

Majlis pernikahan indah bertemakan putih diadakan di Asiana Grand Hall, Setapak itu turut dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat serta teman media.

image is not available

Sebelum ini, Cat mendedahkan beliau dan Shikin mula mengenali antara satu sama lain semasa terlibat dalam karnival jualan Aidilfitri.

Pemuzik itu juga mendedahkan hubungan mereka disatukan oleh anak-anak.

Anak sulungnya, Nia Karlyssa mempunyai hubungan yang rapat dengan anak perempuan Shikin, Putri Arianna Natasya.

Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

Beliau berkahwin sekali lagi pada November 2020, dengan Suriani Hassan namun bercerai pada Januari lalu, tanpa cahaya mata.

Sementara itu, Shikin juga pernah berkahwin dengan cef selebriti, Chef Riz, pada 5 Disember 2014 dan berpisah pada 2016.

image is not available

Hasil daripada perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Arianna Natasya, 8.

Pemilik nama Siti Nur’ Ashikin Ismail itu berkahwin lagi dengan individu yang tidak didedahkan identitinya. Bagaimanapun, ia hanya bertahan selama dua tahun sebelum berpisah.

Kredit foto: CST Production

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, Tiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang