“Perkahwinan Ini Tidak Tergesa-Gesa, Kami Dah Matang” – Cat Farish & Shikin Maembong ‘Decide’ Untuk Nikah Demi Anak-Anak

14 Jul 2023 • 1:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Shikin Maembong meluahkan rasa syukur semua urusan untuk disatukan dengan suami, Cat Farish dipermudahkan meskipun perkenalan mereka singkat.

Kata kakak Emma Maembong itu lagi, dia memasang niat untuk berbulan madu di Tanah Suci kerana mahu berpimpin tangan dengan suami di depan Kaabah.

Shikin dan Cat selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz malam tadi di majlis yang diadakan di Setapak, Kuala Lumpur berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.

image is not available

Sementara itu, Cat berkata dia tidak menganggap keputusan mereka untuk mendirikan rumah tangga terlalu cepat kerana masing-masing sudah mencapai usia yang bukan lagi mahu bermain-main.

Bagi saya, perkahwinan ini tidak tergesa-gesa memandangkan kami pun sama-sama sudah matang. Nak bercinta berapa lama lagi?”

Tambahnya, mereka membuat keputusan untuk menghalalkan hubungan demi untuk kebahagiaan anak-anak hasil perkahwinan terdahulu.

Dalam pada itu, mereka berdua sepakat untuk tidak terlalu tertekan dengan hal zuriat kerana menyerahkan semuanya pada Allah SWT.

image is not available 23 hours ago

(TAHNIAH) Hanya 3 Bulan Bercinta, Cat Farish & Shikin Maembong Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz!