Lap Pisang Punca Shikin Maembong Jatuh Cinta Dengan Cat Farish

Entertainment
14 Jul 2023 • 2:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Malam semalam penyanyi rap Cat Farish dan Shikin Maembong telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis. Wah! Tahniah..

image is not available

Kedua-dua mereka bersyukur perjalanan untuk menghalalkan percintaan mereka dipermudahkan walaupun perkenalan mereka agak singkat.

Ketika ditemui media, Cat Farish buat pendedahan bagaimana kakak kepada pelakon, Emma Maembong itu jatuh cinta dengannya.

image is not available

Hanya sebab tengok Cat Farish lap pisang ketika bantu dia berniaga rupanya yang buatkan Shikin jatuh cinta. Wah! Sweetnya..

Dia berniaga, lepas itu pisang tu pula ada satu guni dan ada wap dan basah jadi saya lap lah. Dia jadi macam terharu tengok benda tu dan sekarang dah kahwin.

Kata Shikin pula, apa yang membuatkan hatinya tersentuh adalah kerana jelas keliihatan keikhlasan Cat yang sudah susah senang bersama dengannya.

Cat ni lain, bila saya tengok dia lap pisang tu yang selalu pekerja yang akan buat, nampak yang dia sudi susah bersama-sama.

Apapun, semoga bahagia hingga ke akhirnya buat pasangan ini ya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.