Catuan bekalan elektrik di 14 daerah di Sabah, Labuan - SESB

12 Mar 2024 • 5:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan. Foto 123RF

KOTA KINABALU - Catuan bekalan elektrik dilaksanakan bermula pagi tadi di 14 daerah di negeri ini dan Labuan melibatkan 62,093 pengguna akibat masalah teknikal di stesen penjanaan.

Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Adrian Mosigil berkata, daerah terlibat ialah Tawau, Pitas, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Kudat, Sandakan, Tenom dan Papar.

Beliau berkata, catuan itu bermula 11 pagi tadi serta berkemungkinan sehingga 8 malam ini dan bekalan elektrik sedang dipulihkan ke kawasan terjejas secara berperingkat.

"Catuan ini dilaksanakan bagi memastikan kestabilan grid elektrik berikutan masalah kekurangan penjanaan dalam sistem grid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terdapat masalah teknikal di Unit Penjanaan 2 di Stesen Janakuasa Kimanis dan Unit Penjanaan Gas Turbine 2 dan 3 di Stesen Janakuasa Patau telah terpelantik (tripping) pada 10:03 pagi tadi menyebabkan kekurangan penjanaan tersebut.

Unit penjanaan di Stesen Janakuasa Patau katanya telah berjaya dipulihkan selepas satu jam dari kejadian terpelantik, manakala unit penjanaan di Stesen Janakuasa Kimanis memerlukan sedikit masa untuk dipulihkan.

Pengguna boleh menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000, 019- 8525427 atau melalui aplikasi mySESB untuk sebarang pertanyaan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved