Cawangan Pertama Di Sarawak, 4Fingers Crispy Chicken Kini Dibuka Di KIA

29 Sep 2022 • 11:49 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik untuk orang kuching

Cawangan Pertama Di Sarawak, 4Fingers Crispy Chicken Kini Dibuka Di KIA. Akhirnya, cawangan pertama 4Fingers Crispy Chicken telah pun dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Shop Malaysia Airports, mereka mengalu-alukan kedatangan jenama makanan yang berasal dari Singapura itu untuk mendarat di bumi kenyalang Sarawak.

image is not available
Cawangan Pertama Di Sarawak, 4Fingers Crispy Chicken Kini Dibuka Di KIA

Ditunggu-tunggu telah tiba

Salah satu menu utama yang menarik iaitu ayam Wingettes ataupun Drummettes dengan pilihan sos Soy Garlic atau Hot ataupun Mixed kedua-duanya sekali.

Selain menyajikan hidangan ayam di bahagian wing dan drumstick ayam yang rangup, mereka juga menghidangkan pelbagai makanan sampingan dan signature dish seperti Signature Crispy Chicken, Katsu Chicken Sandwich, B.F.F, rice boxes dan salad. 

image is not available
4Fingers Crispy Chicken. Kredit foto: FB Shop Malaysia Airports

Haa, apa tunggu lagi orang Kuching. Anda tak perlu pergi jauh melancong ke luar negara untuk merasai ayam goreng ala korea ini.

Anda boleh kunjungi 4Fingers Crispy Chicken di Lapangan Terbang Antarabangsa sekarang! image is not available

image is not available
4Fingers Crispy Chicken. Kredit foto: FB Shop Malaysia Airports

4Fingers Crispy Chicken

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Departure Level 3, Landside

Waktu operasi: 7 pagi – 11 malam

image is not available
4Fingers Crispy Chicken. Kredit foto: FB Shop Malaysia Airports

Jom check out tempat makan yang best korang boleh kunjungi, baca di sini: