CBH Engineering terima kontrak RM31.4 juta bagi kerja-kerja kejuruteraan pencawang pusat data di Johor

LocalBusiness & Finance
22 Sep 2025 • 6:23 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

CBH Engineering terima kontrak RM31.4 juta bagi kerja-kerja kejuruteraan pencawang pusat data di Johor

image is not available

22/09/2025 - 18:23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Sept - CBH Engineering Holdings Berhad menerusi CBH Engineering Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM31.4 juta daripada kontraktor utama bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal untuk stesen pendaratan (CLS) 132kV bagi sebuah pusat data di Johor.

Kumpulan itu berkata, skop kerja bagi projek adalah membekal, memasang, menguji dan mentauliahkan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal bagi CLS 132kV untuk sebuah pusat data.

"Tempoh kontrak akan bermula pada 7 September 2025 sehingga tarikh anggaran sedia untuk penyaluran tenaga pada 10 Mac 2026," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Kumpulan itu berkata, kontrak itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham terbitan syarikat dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan, pendapatan sesaham dan aset bersih syarikat sepanjang tempoh kontrak tersebut.

Kontrak bagaimanapun tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat dan/atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia.- DagangNews.com

standard