Ecoscience terima kontrak RM40 juta bina kilang penapisan minyak sawit di Johor

12/09/2025 - 17:20
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
KUALA LUMPUR 12 Sept - Ecoscience International Berhad menerusi Ecoscience Manufacturing & Engineering Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM40 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan proses minyak bagi kerja-kerja pembinaan kilang penapisan minyak sawit dan lemak di Johor.
Kumpulan itu berkata, kontrak itu merangkumi pembinaan bangunan dan infrastruktur serta kerja-kerja pemasangan bagi kilang penapisan itu.
"Kontrak itu dijangka siap pada 1 Julai 2026," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Kumpulan itu berkata, tiada risiko ketara yang dapat dijangkakan selain daripada risiko operasi yang berkaitan dengan kontrak sepanjang tempoh projek.
Kontrak kerja itu dijangka menyumbang secara positif kepada kumpulan dan tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham serta pegangan saham pemegang saham utama syarikat.
Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama syarikat dan/atau pihak yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak itu.- DagangNews.com
standard
