CBR150R Lebih Garang Dengan Warna Hitam Baharu

LocalCars
16 Apr 2026 • 5:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

CBR150R Lebih Garang Dengan Warna Hitam Baharu

Susulan kejayaan pelancaran edisi eksklusif CyberRoar tahun lalu, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (“BSH” atau “Syarikat”) terus memperkukuh barisan motosikal sukan pertengahan menerusi pengenalan Honda CBR150R dalam warna Hitam. Pilihan warna baharu berkonsepkan “Stealth” ini menampilkan imej lebih gelap dan agresif, sekali gus menawarkan alternatif sofistikated kepada warna ikonik Trico sedia ada.

image is not available

Warna Hitam baharu ini direka khas untuk penunggang yang mengutamakan gaya sederhana namun tetap menyerlah di jalan raya. Dengan kemasan matte taktikal yang menggantikan permukaan berkilat, garisan aerodinamik tajam serta karakter agresif CBR150R kini tampil lebih menonjol berbanding sebelum ini.

image is not available

Di sebalik penampilan bergaya stealth ini, CBR150R masih mengekalkan prestasi terbaik dalam kelasnya yang menjadikannya pilihan ramai penunggang di Malaysia.

  • Enjin : Dikuasakan enjin 150cc penyejukan cecair DOHC 4-injap yang menghasilkan kuasa maksimum 12.0 kW serta tork 13.7 Nm.

  • Kawalan Tepat : Transmisi enam kelajuan bersama Assist & Slipper Clutch memastikan pertukaran gear lebih lancar serta membantu mengelakkan tayar belakang melompat ketika penurunan gear agresif.

  • Suspensi : Suspensi hadapan jenis Inverted berwarna emas memberikan kestabilan dan maklum balas yang lebih baik, manakala tangki bahan api 12 liter direka bagi keselesaan ergonomik serta kecekapan aerodinamik.

  • image is not available

    Selaras dengan falsafah keselamatan Honda, CBR150R turut dilengkapi pelbagai ciri bantuan tunggangan moden yang menyumbang kepada penarafan 5-Bintang MyMAP. Antara ciri utama ialah:

    • ABS Dua Saluran : Memberikan kuasa membrek yang konsisten dalam pelbagai keadaan jalan raya.

    • Emergency Stop Signal (ESS) : Lampu kecemasan akan menyala secara automatik ketika membrek mengejut bagi memberi amaran kepada kenderaan di belakang.

  • Keterlihatan : Sistem lampu LED penuh memastikan edisi “Stealth” ini mudah dilihat pengguna jalan raya lain, manakala panel meter digital memaparkan maklumat penting secara jelas dan pantas.

  • Honda CBR150R dalam warna baharu Hitam, Tricolor dan Perak ditawarkan pada harga RM13,399.00 dan boleh didapati di semua pengedar sah Honda Impian X di seluruh negara bermula 16 April 2026.

    image is not available

    (Dari kiri) Hitam, Tricolor, Perak

    Harga yang dipaparkan ialah harga cadangan bilik pameran dan tidak termasuk cukai jalan, insurans serta pendaftaran.

    Boon Siew Honda turut menawarkan waranti pengilang selama dua tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu).

    Untuk maklumat lanjut mengenai Honda CBR150R, pelanggan boleh mengunjungi pengedar Honda berhampiran, menghubungi talian bebas tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993, atau melayari www.boonsiewhonda.com.my.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved