CBT: Pembantu jualan dipenjara, sebatan

LocalPolitics
4 Jul 2025 • 1:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Nora Ahmad

TAWAU: Seorang pembantu jualan berumur 36 tahun dijatuhi hukuman penjara setahun dan dikenakan tiga kali sebatan rotan selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan wang syarikat berjumlah RM10,550.

Fadhil Salleh Kasim mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Faizadh Yahaya terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Dia telah melakukan pecah amanah sebagai pembantu jualan di sebuah pasar raya yang diamanahkan dengan RM10,550 pada jam 7.30 malam, 7 Jun di pasar raya berkenaan di Semporna.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Fadhil telah mengeluarkan wang tunai terbabit tanpa pengetahuan pihak atasan, sekali gus melanggar kontrak di sisi undang-undang.

Dia didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman terhadap individu yang melakukan pecah amanah jenayah.

Berdasarkan fakta kes, pada jam 12.40 tengah hari, 12 Jun, seorang pengadu yang juga penolong pengurus mendapati terdapat kekurangan wang dalam peti tunai yang sepatutnya mengandungi RM20,000.

Menurut fakta kes, kira-kira jam 12.40 tengah hari 12 Jun, seorang pengadu yang juga pembantu pengurus, semasa membuat semakan di dalam peti wang tunai mendapati wang yang disimpan sebanyak RM20,000 telah berkurangan.

Hasil pemeriksaan pada rakaman CCTV mendapati tertuduh telah mengambil wang di dalam peti besi pada 7 Jun tanpa kebenaran daripada pihak syarikat.

Akibatnya, Fadhil didapati melakukan kesalahan dengan mengeluarkan wang tunai sebanyak RM10,550 yang diamanahkan kepadanya.

Mahkamah memerintakan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 18 Jun.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin melakukan pendakwaan manakala Fadhil tidak diwakili.