
KENINGAU: Seorang petani berusia 40 tahun pada Isnin dijatuhi hukuman penjara 45 tahun dan 15 kali sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tiga pertuduhan sumbang mahram terhadap anak perempuannya, yang mempunyai kecacatan intelek.
Lelaki itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puzi melakukan perbuatan itu ke atas anak perempuannya yang berusia 14 tahun, yang juga merupakan seorang individu berdaftar dengan kecatatan intelektual, pada Ogos 2024 di sebuah rumah di sebuah kampung di Tambunan.
Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lima kali sebatan rotan bagi setiap pertuduhan terhadap lelaki terbabit.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan secara berasingan.
Setiap pertuduhan termaktub di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan.
Peguam Timothy Daut yang mewakili lelaki itu memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah mengaku bersalah dan menyesali perbuatannya.
Timothy turut menyatakan bahawa lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan bersedia menjalani pemulihan.
Timbalan Pendakwa Raya Ling Guong Zhin pula menggesa mahkamah agar mengenakan hukuman lebih berat sebagai pengajaran kepada masyarakat.
Mahkamah dimaklumkan bahawa lelaki itu ditahan polis pada 29 Ogos 2024 selepas satu laporan dibuat oleh Klinik Kesihatan Tambunan.


