cc

23 Jul 2022 • 5:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Dua mangsa lelaki dilapor mengalami kecederaan dan melecur setelah terlibat dalam kebakaran yang melibatkan sebuah kapal laut yang membawa muatan minyak petrol berukuran 52 x 10.4 kaki yang musnah terbakar pada Jumaat di Jeti Daerah kecil Paitan, Beluran.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Pitas oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam satu kenyataan menyatakan, Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran menerima laporan menerusi talian Balai daripada pemanggil kira-kira jam 5.15 petang yang memberikan maklumat berhubung kejadian.

Sejurus panggilan kecemasan itu, seramai empat anggota BBP Beluran diketuai Pegawai Operasi, James Marik, bergegas ke lokasi sejauh 173km dari balai itu untuk membuat pengesahan kebakaran.

Ketika operasi dijalankan, juga difahamkan tiada rangkaian telekomunikasi yang baik dilokasi.

Manakala operasi kebakaran yang dijalankan pasukan Bomba berkenaan dilokasi dilapor terkawal pada jam 9.15 malam dan operasi ditamatkan pada jam 9.17 malam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.