Identiti dua mangsa melecur dikenal pasti

23 Jul 2022 • 9:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PAITAN - Identiti kedua-dua mangsa yang melecur selepas kapal membawa muatan petrol yang mereka naiki terbakar sudah dikenal pasti.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Jefri Kaung, 36, dan rakannya, Taufik Jamil, 19, kini masih dirawat di Hospital Pitas berikutan kecederaan yang dialami.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Machel berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital oleh orang awam ketika kejadian berlaku.

"Mohd Jefri melecur 60 peratus di bahagian badan manakala Taufik melecur lapan peratus.

"Kedua-dua mangsa masih berada di Hospital Pitas untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.

Katanya lagi, hasil operasi yang dijalankan di lokasi kejadian, kapal berkenaan musnah 100 peratus dan operasi memadamkan mengawal kejadian segera dilakukan sebelum ditamatkan pada jam 9.17 malam.

Sebelum itu, Sinar Harian pada malam Jumaat melaporkan dua lelaki melecur selepas kapal yang dalam perjalanan dari Pulau Jambongan, Beluran, untuk mengambil minyak bersubsidi terbakar di Jeti Paitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved